BARANG YANG PERLU DIBAWA

 Ok mmg sejak azali, bawa barang ke asrama ke kampus mmg mcm nak pindah rumah jadi jgn pelik. Sis tahu adik2 semua mesti excited gila kan nak masuk uni HAHAHAHAHAHA, semua org akan mcm tu, first of all tahniah ! dah masuk uni buatlah yg terbaik sbb ni semua hasil usaha korang time sekolah, belajar gila2 untuk SPM untuk masuk ke universiti.

Senarai Barang
Pakaian
Baju duduk rumah/bilik (siang&malam)
Baju kurung (sekurang-kurangnya 2-3pasang) - Perempuan
Baju kemeja 
(sekurang-kurangnya 2-3pasang) - Lelaki
Baju kuliah (smart casual, proper attire)
Baju sukan (tracksuit, baju lasak)
Baju jalan (proper, tidak ketat)
Sejadah
Telekung/ songkok
Stokin
Kasut (selipar, sport shoes, formal)
Dress/ baju lawa (optional, jika ada event) - jgn bazir beli ya !
Blazer (optional, untuk presentation) - ni boleh pinjam sape2
Kotak jahit (benang, jarum, safety pins)
lanyard (untuk kad matriks)
Handbag/ Sling bag (kalau kluar outing)

Cleaning
Febreze
Bakul laundry
Sabun basuh baju
ampai sotong kecik - 2x (takut tak cukup)
Hanger
Cepit baju
Plastik sampah
Penyapu, penyodok
Tissues
Wet tissues
Kain lap
Ridsect
Pencuci pinggan
Sponge
Pewangi locker/almari

Mandian/ hygiene items/med
Baldi, gayung (Incase air tade, kena tadah)
Sabun mandi

Shampoo
Pencuci muka
Powder
Berus gigi
Ubat gigi
Pencukur
Nail clipper
Sikat

Pad - perempuan
Perfume/ Makeup
Ubat-ubatan (panadol/koyok/allergy)
Surgical mask - WAJIB! covid ye
   *Barang2 mandi letak dalam satu bekas

Stationery
Bag (pegi kelas) - Tade yg pegi kuliah tak bawak bag
Pens/ Colourful pens
Pencil
Mechanical pencil (ubatnya jgn tade pulak !)
Jangka lukis
Protector
Highlight
Correction tape
Stapler (ubat stapler jgn lupa)
Tapes
Sharpener
Puncher
Ruler
Eraser
Gam
Sticky notes
Thumbtack
Gunting
Pisau kertas
Files
Notebooks
Test pad
Calculator
Book divider
Bekas stationery
A4 paper
Yassin - WAJIB!
Tabung - optional

Bilik
Padlock kecil (locker) - 2x
Bantal/ Doll
Alas katil (single bed) - 2x
Penyangkut tuala
Penyangkut beg - optional
Jam dinding
Alas kaki
Alas meja - optional
Pengikat langsir
Bakul sampah kecil (personal use)

Electrical/ extras
Laptop
Chargers
Power bank
Pendrive
Extension wire
Seterika
Lampu tidur - optional
Printer - optional
Racket badminton
Board games (UNO/Jutaria/Monopoli) - optional
Makanan ringan
Pinggan/ Mangkuk
Sudu/ Garfu/ Chopstick

Bila dah masuk bilik nanti, check kunci nombor berapa, setiap perabot (almari, locker, meja) ada nombor so nnt kemas barang pilih meja katil semua ikut nombor kunci. Ini bg mengelakkan korang gaduh dengan roommate lain nnt. Tapi kalau dah ada org pilih, kau amek je yang lain, takpe. Berbaik and be friendly with your roommates sbb bila baik dgn roommates, bilik pon meriah ! mereka ada org yg terdekat dgn kita bila sakit ke apa so jgn gaduh2 okies ?

UiTM Segamat ada barang larangan which is kau tak boleh masak dalam bilik, so korang tak boleh bawak pot electric kecik tu. Lagi satu, takut kolej kediaman korang blackout, sbb tu tak boleh bawak. Seterika pon 1 bilik 1. Kalau lebih, nnt balik bawak balik rumah, korang bincang lah dgn roommate nak pakai sape punya. And then tak boleh sidai baju dlm bilik, takat sidai 1 2 tu takpe lah, hujan ke apa ke, tapi mmg tak boleh sidai dlm bilik. Kalau roommate korang buat, hah terpulanglah pada korang.

Ada roommate, very private person, dia suka guna barang dia sendiri or tak suka org guna brg dia sgt, brg2 tertentu je jadi kalau korang boleh bawak barg sendiri lebih bagus, tade lah korang kena menyusahkan org lain ataupun meminta. Jaga kebersihan bilik, kalau boleh jgn marah2 roommate sgt ye lah takut hubungan keruh, roommate ni kira yg paling kita kena harmoni selain classmate and lecturer kuliah sbb diorang duduk satu bilik dgn kita.

Setiap asrama dekat Uitm Segamat ada tempat untuk sidai baju bawah kolej and setiap wing dekat setiap tingkat, bg yg perempuan, anak2 korang tu sidai dekat wing, jgn sidai bawah kolej pulak sbb takut lelaki lalu lalang tengok korang punye tu pulak. Setiap kolej ada dobi juga, RM3 skali basuh. Korang tayah beratur, bakul korang yg kena beratur nnt! jgn lupa tengok masa dobi org depan kau yg tgh basuh tu, takut org potong line. Kalau korang dah sidai baju, sila angkat, jgn tunggu baju tu nak mereput sbb org lain pon nak sidai baju jugak. Untuk memudahkan kerja org lain, Setiap hari kau basuh baju kat toilet then kau sidai. Kalau kau tunggu 1 minggu baru nak basuh then nak sidai kat wing, makan ruang nnt, org lain pon nak sidai juga.

Di kampus Segamat, setiap minggu pada hari tertentu, depends on wing mana bilik korang tu, akan ada yassin wing which korang akan berkumpul ramai2 satu wing untuk baca yassin sama2. Setiap minggu akan bergilir2 bilik untuk lead bacaan yassin. Jgn curi tulang, kalau boleh, bonding lah dgn budak2 wing korang so unilife korang tade lah bosan sgt. Trust me, tade bestfriend di uni is suck ! bosan gila so buatlah kawan ramai2.

Anything just DM me !
IG; @Sabrina_alalina





Comments

Popular posts from this blog

Diploma in Business Studies (BA111)